Misha Omar | Dengar Lagu Best Online

 Misha Omar - Samiha @ Aisah binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar (dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 5 trofi Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & sebuah trofi Festival Filem Malaysia & Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim dan Jaclyn Victor sekaligus menjadi antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan terlaris di era 2000an.

Beliau juga antara segelintir artis yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003. Misha pernah dua kali dicalonkan di MTV Asia Awards serta terpilih membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009. Beliau juga adalah antara artis Malaysia pertama yang mempunyai akaun VEVO di laman Youtube serta lagu-lagunya juga antara lagu Malaysia yang terawal terjual di laman i-Tunes. Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sekiranya anda menghadapi masaalah untuk mendengar radio atau audio muzik secara online, anda mungkin perlu install audio streaming di bawah.
internet live radio plug-ins softwareAdobe Flash Player
you need to install the realplayer software to listen to the internet live radioRealPlayer
winamp software is one of the internet radio softwareWinAmp
windows media player need to install in oredr to listen to the online radio stationWindows Media Player
octoshape plugin for Malaysia internet radioOctoshape Plugin